Wednesday, October 20, 2010

hurrrmmm .. ini kah CINTA ???

Jika cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda, sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-NYA. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda .
Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan  motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebiksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insane-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan .
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula-sentiasa. Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang di rasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya . Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup di renangi untuk mengganbarkan cinta begitu memotivasi dan perlu bukti.
Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan, dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insane kerdil di bawah kebesaran ILAHI .
Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia . Sebagaimana ia bermula, cinta seharus nya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus di nodai oleh perlakuan2 kejam, tidak bermoral dan juga mencarik kesucian cinta itu sendiri . Andainya cinta boleh di kekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada sudi dan murninya cinta yang dipermodalkan. Selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah .
Tanpa mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insane. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk di rasai dan diberikan kepada insane yang berhak. Meniti di atasnya bereti meniti di atas bahagia .
Tiada lagi suatu rada cinta  dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insane menjadi sempurna. Tanpa kedua-dua nya, sempurnanya kelihatan tercabut dari sasaran .
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita . TAk perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar2 suci dan semulajadi menjadikan pemilinya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatkan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan .
Jika cinta di jelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Begitula seharusnya CINTA …

hee , actually ayt2 yang jiwang2 kat atas ny bukan la karya shaye ..
huhuhuhu .. amek kat  sebuah nOvel yg shaye ase agk best jgak la ..
shaye suke sgat bace ayt2 kat atas 2 bnyak2 kaly ..
x taw noew .. huhuhu .. klaw larh btOowl shaye dapat cinta apew yg sperty di ats
alangkah bahagie nyer larh shaye .. 
huhuhuhuhu (^_^)

anyway .. thanxx kat sapew2 yang sudi bace blOg shaye nyh ..
trimas ..(^,^) 

No comments:

Post a Comment